IPOH: Dua guru taska didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, masing-masing atas tiga pertuduhan mendera kanak-kanak dalam jagaan mereka di sebuah taska di Meru, awal bulan ini.
Noor Shafina Abdul Khair, 26, dan Wan Suhaila Mior Khir, 32, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan itu.
Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Noor Shafina didakwa melakukan penganiayaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dengan cara menindan badan mangsa, menampar pahanya dengan kuat, menarik rambut serta menampar pipi mangsa pada 6 Julai lepas di taska tersebut.
Dia turut didakwa menganiaya seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dengan memukul belakang badan dan mencubit pipi mangsa.
Timbalan Pendakwa Raya Qurratu'aini Khalifah tidak menawarkan jaminan namun peguam Mohammad Syarifuddin Zaid memohon jaminan munasabah atas alasan anak guamnya akan memberi kerjasama penuh dalam kes itu.
Hakim Ainul Shahrin Mohamad menetapkan RM7,000 sebagai jaminan dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan dan menetapkan16 Ogos untuk sebutan semula kes.
Wan Suhaila pula dituduh menganiaya tiga kanak-kanak perempuan berumur dua tahun sehingga menyebabkan kecederaan ke atas mereka di taska sama pada 4 dan 6 Julai lepas.
Mahkamah membenarkan wanita itu yang diwakili peguam Raja Mohd Iskandar Zulkharnian Raja Abdul Malek diikat jamin berjumlah RM8,000 terhadap ketiga-tiga pertuduhan.
Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, di mahkamah berasingan, pengurus taska berkenaan Rozidah Yahaya, 51, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan seorang lagi kanak-kanak perempuan juga berusia dua tahun sehingga mangsa cedera di bahu kiri.
Dia dituduh di bawah Seksyen 33(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebih RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Hakim Azizah Ahmad membenarkan wanita itu diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan melapor diri di balai polis terdekat sebulan sekali dan menetapkan 16 Ogos untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendawa Raya K. Darinee manakala tertuduh diwakili peguam Muhd Alif Afandi dan Mohamad Salihen Mastor.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 14 2023
Dua guru taska, Wan Suhaila dan Noor Shafina, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan mendera lima kanak-kanak dalam jagaan mereka awal Julai lalu. Di belakang ialah pengurus taska Rozidah Yahaya. -Bernama
PM Anwar bertemu ketua Hamas, Ismail Haniyeh di Qatar
Perdana Menteri sampaikan ucapan takziah kepada Ismail yang kehilangan ahli keluarga dalam pengeboman kejam rejim Zionis.
AWANI Ringkas: Lawatan Qatar buahkan hasil | Persefahaman rakan gabungan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Warga Israel punggah, selerak bantuan untuk Gaza
Mereka bertindak kejam menaburkan bungkusan makanan di jalan raya, bagi menghalang bantuan itu dinikmati warga Palestin.
Gunakan konsep Hilf al-Fudul untuk selesaikan isu kemanusiaan global - Mohd Na’im
Konsep pakatan Hilf al-Fudul mewujudkan keperluan untuk memastikan keadilan untuk semua melalui tindakan kolektif.
AI seperti ‘tsunami’ beri kesan besar kepada pasaran buruh global - Ketua IMF
AI beri kesan kepada 60 peratus pekerjaan dalam ekonomi maju dan 40 peratus pekerjaan di seluruh dunia dalam tempoh dua tahun akan datang.
Elektrik terputus di seluruh Mexico akibat gelombang haba
Gelombang haba yang dahsyat melanda tenggara Mexico pada hujung minggu, menyebabkan sistem bekalan elektrik terputus di seluruh negara hingga hampir lumpuh.
Campeche, tenggara Mexico pada 9 Mei mencatatkan rekod tertinggi iaitu 45.1 darjah Celsius atau 113.18 darjah Fahrenheit.
Campeche, tenggara Mexico pada 9 Mei mencatatkan rekod tertinggi iaitu 45.1 darjah Celsius atau 113.18 darjah Fahrenheit.
OpenAI umum keluaran model AI baharu
Syarikat penyelidikan kecerdasan buatan dan pembangun ChatGPT, OpenAI pada Isnin mengumumkan keluaran model AI baharu yang dipanggil GPT-4o, yang mampu melakukan perbualan suara bersifat realistik dan mampu berinteraksi merentasi teks dan penglihatan.
Ia adalah sebagai satu langkah baru untuk kekal di hadapan dalam mendominasi teknologi baru.
Ia adalah sebagai satu langkah baru untuk kekal di hadapan dalam mendominasi teknologi baru.
Rakyat Israel sambut kemerdekaan dengan protes anti-kerajaan
Rakyat Israel pada Isnin menyambut hari kemerdekaan dengan penunjuk perasaan menuntut Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan kerajaannya membuat perjanjian yang akan membawa pulang tebusan Gaza.
AS anggap pembunuhan rakyat Palestin bukan genosid
Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat, Jake Sullivan berkata bahawa pentadbiran Presiden Joe Biden tidak melihat pembunuhan rakyat Palestin di Gaza oleh Israel dalam perangnya terhadap Hamas sebagai pembunuhan beramai-ramai.
Warga Israel punggah, selerak bantuan untuk Gaza
Penunjuk perasaan Israel menyekat trak bantuan yang menuju ke Gaza pada Isnin.
Bukan sahaja itu, mereka bertindak kejam menaburkan bungkusan makanan di jalan raya, bagi menghalang bantuan itu dinikmati warga palestin yang kebuluran, ekoran tindakan kejam rejim israel.
Bukan sahaja itu, mereka bertindak kejam menaburkan bungkusan makanan di jalan raya, bagi menghalang bantuan itu dinikmati warga palestin yang kebuluran, ekoran tindakan kejam rejim israel.
Dera, abai kanak-kanak: Dua guru taska dan pemilik dihadap ke mahkamah
Noor Shafina Abdul Khair, 26, dan Wan Suhaila Mior Khir, 32, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan itu.
Guru taska mengaku tidak bersalah abai kanak-kanak lemas
Seorang guru taska dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Rabu atas tuduhan mengabaikan seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang lemas dalam kolam renang, pada April lalu.
SOP pembukaan tadika bukan hanya di bahu pengendali
Semua operator tadika dan taska serta ibu bapa di Sarawak digesa untuk melakukan perjumpaan bersama bagi menetapkan kesesuaian pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP).
Taska KEMAS dijangka buka semula 1 Julai
Ketua Pengarah KEMAS Datuk Mohd Yasid Bidin berkata terdapat sebanyak 520 Taska KEMAS di seluruh Malaysia melibatkan lebih kurang 9,000 tenaga kerja dan pelajar.